Thursday, October 1, 2009

Kesan Pencemaran Udara Ke Atas Kesihatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kpd semua pembaca sekalian. Semoga kita semua mendpt keredaanNya dan sentiasa sihat baik dr segi mental(emosi) mahupun fizikal. Dah terlanjur bercakap tentang sihat, sedar tak kita skrang nh udara yang kita sedut ni tak sihat. Tak payah pergi jauh2 la kalau kita nak tgk udara kita sihat ke tak. Cuba duduk dekat bus stop dpn pintu timur masa bas tengah lalu lalang. Masyaallah, asapnya punyalah tebal. Kalau asap tu warna putih tak pa la jugak, nampak la macam kat oversea sbb sejuk. Ini dah warna hitam pekat. Nak buat apa kan, nak bernafas pun payah. Disini, saya nak berkongsi sedikit mengenai beberapa bahan pencemar, kesannya terhadap kesihatan tubuh dan dari mana datangnya bahan ini. Sama ada kita sedar atau tidak, kita semua terdedah dgn bahaya ini.

Terdapat beberapa agen yang menyebabkan pencemaran udara. Antara yang kita bincang adalah, Karbon Dioksida, Karbon Monoksida, Sulfur Dioksida(S02), Nitrogen Oksida(NO) dan Nitrogen Dioksida (NO2), Methane ( CH4), dan akhir sekali Plumbum. Pertama sekali adalah Karbon Dioksida. Punca pencemaran utama adalah daripada pembakaran. Selain itu, ia juga terbebas secara semulajadi dari pereputan biologikal dan dibebaskan daripada larutan. Paras kandungan CO2 yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan ialah lebih daripada 400 ppm. Karbon Monoksida pula disebabkan faktor-faktor manusia sendiri melalui pembakaran hidrokarbon yang tidak lengkap seperti asap dari ekzos kenderaan, proses perindustrian dan pembakaran daripada dapur. Gas CO tidak berbau tetapi amat toksik. Antara kesan CO kepada kesihatan adalah pendedahannya pada paras tinggi boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat(1 % CO dalam udara boleh menyebabkan kematian kepada manusia) dan kesan yang toksik boleh berlaku kepada manusia.

Sulfur Dioksida(S02) pula berpunca dari aktiviti manusia seperti pembakaran arangbatu, pembakaran sulfur dan pembakaran gas. Kesannya, SO2 boleh menyebabkan kesan di bahagian saluran pernafasan terutama kepada mereka yang terdedah kepada SO2 dengan kepekatan tinggi. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada mata dan berkemungkinan menyebabkan kecacatan kepada kandungan ibu. Bagi Nitrogen Oksida(NO) dan Nitrogen Dioksida (NO2) pula, ia hadir di dalam udara daripada aktiviti manusia seperti penggunaan kenderaan bermotor, pembakaran hutan, proses perindustrian dan pembakaran sisa pepejal. Kedua-duanya boleh menyebabkan penyakit pada bahagian dan system pernafasan, kerosakan kepada paru-paru dan sesak nafas dan kesan-kesan sampingan seperti menggalakkan tindakan fotokimia yang menyebabkan pengeluaran elektron dan mengurangkan keupayaan ozone yang mengurangkan sinaran ultraviolet dari sinaran cahaya matahari dan mengakibatkan kesan kepada kulit.

Agen Methane ( CH4) pula terhasil daripada beberapa sebab seperti pembakaran yang tidak lengkap dan pereputan bahan-bahan organik. Antara kesannya terhadap kesihatan adalah boleh menyebabkan kanser jika terdedah pada jangka masa yang lama. Selain itu, reaktif hidrokarbon terhasil daripada ekzos kenderaan bermotor, proses kimia dan semasa kerja-kerja pemindahan hasil petroleum. Kesan reaktif hidrokarbon adalah ia merupakan bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser dan mengakibatkan kerosakan pada bahagian otak dan ketumbuhan pada pundi-pundi kencing. Agen akhir sekali adalah Plumbum. Kehadiran Plumbum semulajadi dalam udara berpunca daripada debu silikat, letupan gunung berapi, pembakaran arang dan sampah, serta penggunaan semburan racun perosak yang berleluasa. Kesannya ke atas kesihatan adalah dapat mempengaruhi sistem saraf pusat,menimbulkan tanda-tanda kronik keracunan termasuklah sakit kepala, kehilangan selera makan, anaemia, kelesuan serta imsomnia dan juga keracunan yang akut boleh menyebabkan koma dan akhirnya boleh membawa maut.

Harapnya, artikel ini akan menyebabkan kita aware dgn bahan2(asap) toksik ini dan menghindarinya. Sesungguhnya, yang baik itu dari Allah dan yg buruk itu semuanya adalah dr kekhilafan saya sendri. Wasalam dan sehingga berjumpa lagi(insyaallah).

No comments:

Post a Comment