Thursday, October 1, 2009

Pembakaran terbuka…

Salam. Entry kali ini sy nak berkongsi sikit ttg pencemran udara melalui pembakaran terbuka. Fenomena ini akan bertambah buruk jika kawasan yang dibakar, dekat pula dgn jalan raya yg mana banyak kenderaan yg menggunakan jln tersebut. Kadar penglihatan pemandu tentunya akan bertambah buruk disebabkan keaadan ini. Jadi byk pihak perlu bekerjasama bg meningkatkan pengetahuan baik kpd pesawah mahupun kita. Jgn hanya tunjuk org lain saja yg salah dan kita yg betul, tp tunjukkanlah cara yg betul supaya org lain dpt mengikutnya. Dalam satu artikel yg dikeluarkan, kalau tak silap sy pada tahun 1997 yang menyiarkan masalah jerebu yang teruk yang melanda seluruh Negara kita. Jalan penyelesaian yg perlu diambil sememangnya memerlukan kerjasama serta kesedaran drpd semua pihak. So, baik kita balik otak kita supaya tak lupa dengan ‘kekejaman’ yang telah kita lakukan terhadap alam. Jika hanya ada akta ttg hukuman terhadap individu ataupun syarikat yg menjalankan pembakran terbuka tanpa pelaksanaan yg efesien, tentunya gejala nh tak akan selesai. Semoga kita semua ada sedikit kesedaran supaya kita semua tak sakit dan alam pun dapat ‘berkerja’ dengan baik.

PEMBAKARAN terbuka adalah salah satu penyebab utama kepada berlakunya pencemaran udara di negara ini. Pembakaran terbuka kebanyakannya dikesan berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Keadaan pencemaran menjadi lebih serius pada musim panas yang berpanjangan kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan. Masalah jerebu yang melanda negara pada 1997 menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi `asap'. Keadaan jerebu yang berlaku ketika itu amatlah membimbangkan sehingga menyebabkan indeks pencemaran udara (IPU) meningkat sehingga ke paras yang sangat bahaya. IPU adalah satu sistem ukuran yang dibangunkan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai tahap kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan dengan cara yang termudah. IPU mengukur kepekatan bahan pencemar yang terampai dan dalam suatu nombor pada skala antara 0 hingga 500. Justeru, bagi mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap aktiviti pembakaran terbuka, sejak 1998 Jabatan Alam Sekitar (JAS) melancarkan Operasi Mencegah Kebakaran Terbuka (Ops Bakar) di seluruh negara. Operasi berkenaan adalah program bersepadu membabitkan aspek pengesanan, penyiasatan dan tindakan penguatkuasaan, memadam, aktiviti kesedaran serta pendidikan.

Selain itu, langkah penguatkuasaan undang-undang lebih tegas dengan membabitkan pelbagai agensi kerajaan memantau masalah itu juga perlu. Larangan pembakaran terbuka tidak boleh dilaksanakan hanya dengan arahan. Ia sepatutnya disertai dengan penguatkuasaan undang-undang. Pembakaran terbuka akan terus berlaku selagi belum ada bukti setiap mereka yang melakukan kesalahan dikenakan hukuman setimpal. Jika kes pembakaran terbuka dilakukan oleh individu atau syarikat, mereka perlu dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sememangnya hukuman yang boleh dikenakan terhadap pesalah adalah berat iaitu denda maksimum RM500 000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya serta kompaun maksimum RM2 000.

Di peringkat Asean, Persidangan Antarabangsa Mengenai Bahaya Kebakaran Hutan dan Tanah 2002 pada Jun lalu mencapai kata sepakat mengadakan kerjasama melalui perjanjian bagi menangani masalah pembakaran hutan dan tanah yang pernah menyebabkan jerebu paling teruk di rantau Asean. Komitmen daripada negara-negara anggota dilihat sebagai usaha positif ke arah menangani dan memerangi masalah kebakaran terbuka dan jerebu. Perjanjian berkenaan ditandatangani menteri yang bertanggungjawab mengenai alam sekitar, menggariskan komitmen negara-negara anggota menangani masalah berkaitan pada peringkat kebangsaan dan serantau. Perjanjian ini antara lain mengkehendaki negara-negara anggota bekerjasama mencegah jerebu melalui kawalan kebakaran, mewujudkan system amaran awal, bertukar-tukar maklumat dan teknologi serta menyediakan bantuan bersama.Perjanjian itu lebih kepada usaha sama negara-negara anggota dan bukan bertujuan menghukum negara anggota yang melanggar perjanjian berkenaan. Malah ia lebih tertumpu kepada bentuk kerjasama yang jelas menyatakan negara anggota perlu memberi bantuan kepada rakan lain. Perjanjian itu adalah sebahagian daripada Pelan Tindakan Jerebu Serantau yang diterima pakai oleh Asean selepas masalah jerebu yang teruk pada 1997 dan 1998 sehingga menyebabkan kerugian ekonomi sekitar RM34.2 bilion (AS$9 bilion) termasuk menjejaskan pengeluaran pertanian dan sektor pelancongan.

Kesungguhan negara dalam menangani masalah kebakaran hutan dan tanah serta jerebu terbukti dengan pelbagai usaha pada peringkat kebangsaan melalui mekanisme mencegah punca kebakaran dan jerebu melalui rondaan udara dengan bantuan setelit. Tindakan penguatkuasaan ke atas mereka yang masih degil melakukan pembakaran terbuka perlu diambil tanpa kompromi dengan bantuan agensi kerajaan lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Bahagian Keselamatan Negara, Rela, Kementerian Kesihatan dan polis. Semoga pembakaran terbuka dapat dibendung dan seantero alam dapat hidup dengan sempurna tanpa sebarang kerosakkan terhadap alam. Bagi anda, skrg nh alam kita sihat ke erk???. Fikir-fikirkanlah…

No comments:

Post a Comment