Thursday, October 1, 2009

Pencemaran Udara

Assalamualaikum dan salam diskusi kpd semua pembaca sekalian. Insyaallah, entry kali ini kita nak bincang mengenai faktor dan punca pencemaran udara. Saya nak tanya anda semua, dalam dunia ini apa benda yg tak boleh nampak, tak boleh pegang tapi kita dapat rasai kehadirannya. Hhmm, tentunya udara kan. Kalau kita nampak udara, rasanya asyik accident je la dgn udara. Mana taknya, alam ini kan diselubungi oleh udara(bukan misteri yer). Udara sangat berkait rapat dgn pernafasan. Sbb tu la orang yang ada penyakit athma tak boleh ada kat tmpat yg banyak habuk, asap dan semua jenis pencemaran udara yang lain. Seksa kita tengok diorang nak bernafas kan. Kita yang sihat pun boleh jadi sakit dengan asap2 yg semakin ‘menggila’ di zaman moden ni, apatah lagi mereka.

Disini saya nak define dulu apa itu pencemaran udara. Ini bukan saya yg reka tapi ambil dr internet yer(harap maklum). Pencemaran udara bermaksud kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan udara tulin dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang. Ini termasuklah kandungan udara tulin yang wujud dalam keadaan yang lebih dari kandungan sepatutnya.

Dua punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara, iaitu pencemaran semulajadi dan juga yang disebabkan aktiviti manusia. Antara contoh yang disebabkan oleh pencemaran semulajadi termasuklah debu, mikro organisma, letupan gunung berapi, debunga pokok. Contoh-contoh pencemaran yang disebabkan aktiviti manusia pula adalah aktiviti seperti pembakaran terbuka, asap kenderaan bermotor, kegiatan pertanian dan perindustrian. Tapi yang paling menjadi punca adalah disebabkan aktiviti manusia. Mahu atau tidak, untuk mencapai tahap hidup yang lebih selesa manusia menggadaikan ‘sedikit’ ciptaan Yang Maha Esa. Harap-harapnya, kita dapat mencari solusi ataupun alternative utk memulihkan udara alam kita. Insyaallah, Malaysia boleh(kita pun boleh).

Terdapat beberapa faktor yg menyumbang kepada masalah pencemaran udara ini. Antaranya adalah, disebabkan dunia mengalami pertambahan penduduk. Pertambahan penduduk menyebabkan lebih banyak permintaan terhadap barang-barang keperluan dan kemudahan perkhidmatan. Kita boleh tgk erk, majority kenderaan menggunakan bahan bakar. Dan dah tentulah mengeluarkan asap yg boleh mencemarkan alam. Selain itu, perkembangan industri dan teknologi juga menyumbang kepada pertambahan masalah ini. Perkembangan industri dan teknologi meningkat sejajar dengan pertambahan penduduk dan ini menimbulkan pencemaran di dalam udara. Sy bagi contoh yer, antara kwsan industri yg paling famous di Malaysia iaitu di Prai, Pulau Pinang. Saya org Butterworth, Penang dan rumah saya pun bukannya jauh sgt pun dgn kawasan nih. Kalau masuk kawasan ni, memang kita dah masuk ke kawasan pencemaran udara la. Dah la banyak trak, kontena dan kilang2 kat kawasan tu. Memang sesak nafas la(tak payah la masuk, bukan ada apa pun). Faktor lain yang menyumbang adalah disebabkan perubahan sosial. Ini adalah seperti proses perbandaran dan peningkatan taraf hidup masyarakat. Semakin kita menuju ke zaman yg serba moden sebenarnya banyak juga khazanah alam yg kita musnahkan dan rosakkan. Udara yg kita sedut juga merupakan satu daripada jutaan entity(betul ke perkataan ni, dah lupa sebenarnya) yang kita cemarkan. Jadi, renung-renungkanlah dan selamat berfikir(mana tau boleh cipta mesin bersihkan udara ke).

No comments:

Post a Comment