Thursday, October 1, 2009

jom kita mulakan...


Terlebih dahulu ucapan trima kasih diucapkan kpd pr0f dr supli krn memberi peluang kpd sy@lbh tepat sy katakan ahli gr0up C utk menyiapkan bl0g yg berkisar ttg isu alam sekitar. Wlaupun tidak biasa menulis berkaitan dengan isu alam sekitar ini, insyaallah akan dijalankan tugasan ini dgn sebaiknya...

Kali ini, sy pilih utk menulis ttg isu alam sekitar(of course la kan, he3)... secara amnya la, sy nak tekankan ttg tanggungjawab kita terhdp alam sekitar, Allah kurniakan alam yg sgt sempurna tanpa cacat celanya, tp selama makhluk yg bernama manusia menetap di ats muka bumi ini, mcm2 dah isu alam sekitar telah sedikit sebanyak mer0sakkan alam ini, wlaupun tak ramai yang memandang berat isu ini, sememangnya ia membawa banyak musibah terutamanya pada generasi yang bakal mewarisi muka bumi ini drpda kita,mana taknya kalau plastik makanan ringan yg kita makan pon tak tau nak buang kat tong sampah, bukannya tidak tahu benda yg dibuat tu salah tapi di sebabkan dah terbiasa, ramaila yang buat perangai macam nih.... Macam mana la alam nih nak bersih, kalau tak buang kat jalanan pastinya sungai, laut dah sebagainya yang jadi mangsa...fikir2kanlah, takkanlah nak biarkan bumi ini menderita dengan kesilapan diri kita. Bukit dan gunung yg semakin ligat ditarah. Udara kita yg semakin kelam warnya, laut yg semakin pudar jernih birunya dan pemandangan alam yg semakin menyakitkan pandangan. Adkah kita sudah bersedia utk menerima pembalasan atas segala perbuatan ‘pentingkan diri’ kita.

Ada satu teks khutbah yang pernah sy baca mnerusi internet yang menyentuh isu berkenaan alam sekitar. Antara isinya adlah, “…selain peranan pihak kerajaan untuk menyelesaikan krisis dan kemelut permasalahan alam sekitar yang berterusan ini, maka satu pendekatan pemahaman dikalangan rakyat khususnya umat Islam yang tidak mendalami ilmu dan peradaban Islam yang beranggapan bahawa permasalahan serta isu-isu berkaitan alam sekitar merupakan perkara yang tiada hubung kait dengan ajaran Islam. Manusia sebagai makhluk yang diamanah oleh Allah untuk memakmur dan membangunkan bumi, menerusi aktiviti pertanian, perindustrian dan pembangunan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi mengelak berlakunya kerosakan dan kemusnahan terhadap alam sekitar”. Malah, telah ditekankan dlm Al-Quran dalam surah An-Naziaat ayat 30-33, “…DAN bumi sesudah itu dihamparkan (untuk kemudahan penduduknya); Dia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuh-tumbuhannya; Dan gunung ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya); (Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternakan kamu”.

Jadi, dalam islam pun dah digariskan supaya umatnya menjaga alam. Kita di kurniakan dgn segala kemudahan utk memudahkan kehidupn di muka buni ini, bukan utk menyusahkan bumi ini. Seharusnya, setiap manusia di muka bumi inimenyedari akan tanggungjawab masing2. Bukan untuk kepentingan diri sendiri sahaja, malah utk msyarakat sejagat. Tak kanlah kita semua nak tunggu malapetaka Allah S.W.T.. baru kita nak bertindak. Kalau dah jadi nanti, semuanya dah terlambat. Menyesal pun tak ada gunanya. ‘Merawat lebih baik drp mengubati’

No comments:

Post a Comment