Thursday, October 1, 2009

Salam berdiskusi untuk semua. kali ini saya tertarik untuk menulis mengenai kereta mesra alam. Percaya atau tidak, teknologi semakin canggih di zaman ini tidak membataskan sesuatu kemudahan iti di tahap tertentu, kereta juga sudah menjadi alat yg merupkan keperluan dan bukannya kemewahan. apa yg ingin sy perkatakan pula pd kali ini adlah berkaitan dgn kereta berenjin hibrid. adakah benar seperti telahan org yg mengatakan enjin ini mesra alam. Disini terdapat beberapa fakta yg sy rasa kita patut tahu dlm usaha menjaga alam ini di samping tidak mengabaikan keprluan kita utk memiliki kereta.

Teknologi enjin hybrid adalah pilihan sumber bahan api bagi mengurangkan pergantungan kepada petrol dan diesel yang dimana kedua-dua bahan api fosil itu sentias terdedah kepada kenaikan harga.Teknologi enjin hybrid sudah dimajukan oleh beberapa gergasi automotif dunia dan terbukti berhasil melahirkan kenderaan mesra alam. Teknologi hybrid ini didefinasikan sebagai penggunaan kenderaan yang menggunakan dua atau lebih penggunaan gabungan bahan api dan kuasa elektrik untuk menggerakkan motor kenderaan,sekaligus menjimatkan minyak. Struktur enjin hybrid yang menggabungkan kuasa elektrik dan bahan api bertindak dalam pelbagai cara iaitu hybrid dalam bentuk selari yang mana bahan api disalurkan ke enjin tetapi pada masa yang sama dilengkapi bateri yang membekalkan kuasa kepada motor elektroniknya. Gabungan kedua-dua enjin dan motor elektrik itu berfungsi menggerakkan transmisi enjin pada satu-satu masa,sekaligus bertindak balas menghasilkan kuasa kepada kenderaan itu. Kaedah kedua ialah enjin bahan api tidak disalurkan terus untuk menggerakkan transmisi enjin tetapi penjana yang bertindak mengeluarkan caj elektrik kepada bateri atau kuasa motorelektrik menerusi sumber daripada bahan api itu. Antara komponen dalam kenderaan hybrid ialah enjin bahan api lebih kecil dan menggunakan teknologi termaju bagi mengurangkan kadar pelepasan asap,sekaligus tidak mencemarkan alam sekitar.

Komponen lain ialah motor elektrik sebagai penjana kuasa,bateri voltan bersaiz kompak yang menyimpan tenaga,manakala transmisi enjin sama dengan kereta konvesional lain.Berbanding enjin kereta konvesional.kadar pelepasan asap iaitu gas karbon monoksida kereta hybrid lebih 80% rendah. Keberkesanan enjin hybrid bukan saja meningkatkan penjimatan minyak dan berfungsi menyimpan tenaga yang disimpan didalam bateri yang enjin akan dihentikan sementara apabila kenderaan berhenti dilampu isyarat tetapi dibantu kuasa bateri biasa.

Kereta hybrid tidak memerlukan kos penjagaan dan penyelenggaraan yang tinggi kerana motor dan bateri kereta itu tidak memerlukan penyelenggaraan dan boleh digunakan sepanjang hayat. Kereta hybrid komersial pertama diatas jalan tempatan ialah Honda civic hybrid 1.3 liter yang telah diperkenalkan di Malaysia menerusia Honda Malaysia Sdn Bhd.

Tapi yang menjadi masalahnya, kereta ini harganya mahal di pasaran. Mungkin disebabkan ianya masih baru dan perminataan agak kurang. kalau dah 10@20 tahun akan datang mungkin harganya akan turun kan. Masa tu nanti mungkin kita pun boleh beli kan. Apa-apa pun, bagi kaki pecut mungkin kereta ini kurang sesuai(yela, buat masa sekarang cuma ad yg 1.3 je). Menarik kan??? pendapat anda.

No comments:

Post a Comment